Tuesday, March 9, 2010

Tentang Kami


Semanis Mawar Enterprise merupakan sebuah syarikat perusahaan bakeri yang beroperasi di kawasan Batu Caves, Selangor dan menfokuskan pembuatan muffin sebagai produk utama. Perusahaan ini memilih konsep SOHO “Small Office Home Office” iaitu bekerja dari rumah. Syarikat ini menghasilkan produk sendiri iaitu muffin dan memfokuskan pengeluaran berdasarkan tempahan yang diterima dari pelanggan. Selain itu, syarikat ini juga menampilkan kelainan di dalam produk bakeri mereka dengan menerima tempahan khas untuk majlis-majlis tertentu seperti, majlis perkahwinan dan hari jadi atau lain-lain majlis istimewa.



Syarikat ini ditubuhkan pada bulan Februari 2010 dengan hasil kerjasama 6 anak muda. Tujuan penubuhan syarikat ini adalah untuk menjana pendapatan tambahan disebabkan kos keperluan hidup yang meningkat disamping menyahut seruan kerajaan yang mengalakkan bumiputera menyertai sektor usahawan kecil. Faktor pemilihan produk adalah berdasarkan minat dan permintaan masa kini terhadap produk bakeri. Syarikat ini mensasarkan tempahan dari luar Negara pada masa akan datang.